January 6, 2012

Saiyidul 'Aiyam : Jumaat yang Berkat







Pening kepala nak buat kerja sekolah. Padahal perlu bina ayat sahaja sebenarnya. Tapi syaratnya bina ayat yang dekat dengan kita, yang betul-betul kita mahu tulis. Bukan ayat yang kita pernah dengar dan selalu orang buat.

Susah. Tolong aku buat satu ayat boleh?

Bina ayat dari perkataan 'bingkai gambar'.

II

Yeah! Ezani masuk final. Itu sahaja.

III

Disamping belajar sastera aku juga dalam proses belajar memasak dengan Chef Ulya.

Dalam list - Cream puff, Steak, Croquembouche. Itu sahaja untuk sem ini.

Kehkehkeh.


IV

Kemudian, aku buka kelas kedua bagi siapa-siapa yang nak belajar silat. Untuk budak Irbid sahaja.

Jadi siapa-siapa yang nak belajar boleh hubungi aku. Perlukan dua ke tiga orang sahaja lagi.

V

Akan datang perlawanan akhir : Anwar Ibrahim menentang Saiful Bukhari.

Brader Pipi ramal Saiful menang 3-2.

Kita tengok macam mana nanti.


VI

Ok bai. Nak pergi Arabella beli barang. Malam ni kuliah master bersama Chef Ulya - Cream Puff.




11 maklum balas:

Cidak said...

weh, nanti bagi sikit cream puff.

nima said...

nak resepi nnti ok.

INTAN said...

"pernah aku turunkan bingkai gambar itu supaya kenangan tidak menjadi bingkai kehidupanku"

testing.
nanti share komen dari akak tu ya~

wahieda said...

Amboi, masak nak western ajee..hahaha...aku takmo cream puff tu, aku nak rasa yang croq-tak-ingat-spelling-dia-tu...terima kasih =p

Qautsar said...

bingkai?

rajin dentist ni nak jadi sasterawan.


pergi europe juga ke nanti?

shafiq bukan dah pergi hari tu?

jari | jemari said...

penyokong Ezani ghopenye.

Umairah. said...
This comment has been removed by the author.
Umairah. said...

salam'alayk.

hmm, nk dptkan aura pengarang, dr p'kataan yg diberi agak susah, kan?

nie kes try n error. =,='

"Syurga, lepaskan aku dari bingkai gambar khayal yang mendiamkan aku di sini. yang memegunkan, memejalkan larian bebasku padamu."

-hazen said...

cidak

tentu kau dah rasa kesedapannya kan?

kak Nima

ok. Enshallah.

kak Intan

ok, enshallah juga.

-hazen said...

wahieda

tau nak makan je ko. ce belajar2 memasak sikit. keh3

Pikah

ye memang dah pergi. tak puas menikmati mungkin.

jari

keh3. sokongan kepada dentist.

Umairah

secara peribadi, saya suka ayat yang dibina. terima kasih.

cuma dah hantar dah kerja sekolah.

ainunl muaiyanah said...

Umairah:

"Syurga, lepaskan aku dari bingkai gambar khayal yang mendiamkan aku di sini. yang memegunkan, memejalkan larian bebasku padamu."

awak milih untuk menjadikan perkataan bingkai gambar kepada bingkai gambar khayal. Kedengarannya biasa tetapi apabila dimasukkan ke dalam ayat di atas menjadikannya ayat yang sederhana, tidak berlebihan dna indah. Bukan seperti puisi-puisi ketuhanan yang lain.

Ayat itu juga mengigatkan saya kepada sebuah puisi ketuhanan yang saya suka tapi saya tidak ingat namanya :)

:) semoga komentar ini memberi manfaat untuk menulis kalimat yang lebih indah.