Yang menjadikan kembara itu satu kembara yang indah bukannya berapa banyak gambar yang ditangkap, atau berapa banyak gambar yang di-upload, juga bukan berapa banyak negara yang dituju dan bukan berapa banyak status FB yang ditulis. Tentu juga bukan berapa banyak entry yang di-publish.
Boleh jadi kembara seseorang dari rumah ke masjid Yarmouk itu lebih terisi dari kembara dari rumah ke Sepanyol. Maknakan kembali kembara anda, sebelum ianya menjadi kembara yang suka tetapi nihil belaka.
Niat, tujuan, objektif haruslah ada dan selari dengan syariat. Bahkan berjalan tanpa objektif hukumnya makhruh. Pegang kepada dahan yang kukuh agar kita tidak terhanyut sepanjang kembara. Selak kembali al-Quran, mesrai ayat-ayat-Nya, juga selami hadis-hadis Nabi agar kembara kita ini 'bersama Tuhan'.
Bahaya bermusafir bersendirian, bergeraklah dalam kumpulan dan lantik seorang ketua. Ucapkan selamat tinggal kepada yang lain, dan bayar segala hutang. Banyakkan juga berdoa sepanjang musafir, kerana ianya mustajab.
Semoga pulang kembara kali ini dengan jiwa yang lebih terisi.
Jauh berjalan ke tanah Eropah
Mata memandang hati mencari
Setiap langkah kurniaan Allah
Layakkah kita tidak hargai
serba sedikit nasihat buat diri ini.
"Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Belajar di Jordan pun sebenarnya satu kembara. Jadi ada masalah jika kita tidak merasakan ianya azab. :D
Sepanyol, Perancis, Switdzerland, Uk. Menanti tarbiah dari kalian.
Lagu tema kembara kali ini,
Lepasni kita nyanyi lagu pagi-pagi, tak perlulah nyanyi lagu kawin-kawin lagi kan.

5 maklum balas:
kau tunggu aku tulis entri 'kembara lelaki botak'..
-cidak-
selamat mengambil seribu hikmah dari kembara
:)
bestnya jejalan =p
blogwalking sambil cari ilmu pengetahuan.
*Inspired*
Sampaikan salam pada UK!
:)
Bila agaknya giliran saya. Huhu.
Post a Comment