January 15, 2012

Kata-kata yang buat saya berfikir minggu ini.

I

"Kita merancang, tetapi kita selalu lupa syaitan juga merancang. Tentulah Tuhan itu Maha Merancang, tetapi kita jangan lupa, rancangan syaitan itu lebih tersusun dari kita."

II

"Di zaman orang banyak salah cara bertindak menentang kezaliman ini. kelompok paling jahat ialah kelompok yang tidak berbuat apa-apa. Mereka kelihatan seperti 'pasukan pengaman dan rakyat yang taat' sedangkan kelompok itulah sumber terbesar kezaliman bertahan. "

III

"Proses untuk menulis memang panjang. Jangan putus asa untuk mencari. Yang paling penting jangan malu dengan tulisan kita sendiri, kasihan sungguh kalimat yang telah ditulis jika pemiliknya tidak berbangga dengan kalimat tersebut. Jadi belajarlah mencintai kalimat yang kita tulis. Nanti dia belajar juga mencintai kita dan kita akan sangat mudah mendapat ilham darinya. Tidak mengapa tidak jadi pengarang yang prolifik, kalau mahu jadi pengarang yang dinamik :)"

2 maklum balas:

jhnrdzi said...

And thats why kau jadi antara favourite blogger aku Hazen.

Meh kita tulis cantik cantik :B

sr said...

Dah tiba Europe?