I
Terkesan. Itu sahaja perkataan yang boleh memaknakan apa yang saya rasa sekarang. Balasan emel kali ini buat saya tersenyum panjang. Dan berulang-ulang kali berkata pada diri "Patutlah, patutlah, patutlah".
Terkesan. Itu sahaja perkataan yang boleh memaknakan apa yang saya rasa sekarang. Balasan emel kali ini buat saya tersenyum panjang. Dan berulang-ulang kali berkata pada diri "Patutlah, patutlah, patutlah".
"Seorang penyajak akan sentiasa memandang objek-objek dan peristiwa disekelilingnya dengan kaca mata yang berbeza. Barulah sajak yang terlahir nanti bukannya menjadi sajak yang biasa-biasa tetapi sajak yang luar biasa dalam darjahnya.
Kerja ini saya beri adalah untuk melihat apakah dalam menulis ayat yang biasa tetapi saya minta ditulis dengan indah, apakah awak boleh memberikan suara pengarang di dalamnya. suara pengarang adalah suara awak sendiri. Bukannya suara orang lain atau pandangan orang lain. Sebab suara pengarang yang kuat dalam sajak akan membuatkan apabila pembaca membaca sajak itu, dia sentiasa mendengar suara hati pengarang.
Tetapi bagaimana untuk mendapat suara hati pengarang? Ini satu perjalanan yang panjang. Mungkin awak menemuinya dalam waktu singkat atau waktu panjang. Cara menemuinya pun berbeza. Ada yang bertemu dengan suara hatinya sendiri selepas terlibat dalam sesuatu peristiwa dalam hidup dan membuatkan dia terlahir menjadi penulis sajak. biasanya peristiwa itu melibatkan tragedi. Ada yang menemuinya apabila dia membaca sejumlah sajak/cerpen.novel, dan kata-kata itu memberi ilham kepadanya. Ada yang jumpa dengan diskusi bersama kawan-kawan..."
"Jadi setakat apa yang saya baca, awak masih belum menemui suara pengarang. Masih mendengar suara dari pendangan orang lain. Bukan pandangan awak sendiri. :) Cabarlah diri sendiri untuk merentas kebiasaan. Ada penyair tidak mendandan puisinya dengan metafora yang berlebihan atau hiperbola yang keterlaluan tetapi kedengaran puisinya begitu indah.."
II
Rasanya kawan-kawan yang mempunyai suara pengarang dalam penulisan, Haniff Zikri la kot. Patutlah ayat-ayat biasa beliau masih mampu menggugah rasa. Bilalah aku nak dapat suara pengarang ni...
III
Seorang guru silat bertanya, "Adakah boleh dinasionalkan silat?" (bukan begini soalannya, tapi beginilah intipatinya)
Mengetahui masalah yang dihadapi beliau, yang dikutuk kerana berkongsi seni bela diri kepada.... saya pun menjawab,
"Boleh bahkan mulia. Islam berdiri teguh satu ketika dulu, bukan kerana ilmu semata-mata. Tetapi juga kerana kekuatan fizikal. Nabi sendiri seorang 'penggusti' yang handal. Maka adalah baik mendidik masyarakat menjadi 'pesilat' yang handal juga."
Tapi saya kecewa dengan seorang brader ni yang menjawab,
"Saya setuju dengan Mohamad Shafiq, Tapi sebagai seorang Islam yang hidup dalam dunia modern ni kita perlu kaji semula bahagian mana yang perlu diajar pada bangsa dan bahagian mana yang perlu kita simpan untuk anak cucu kita untuk mempertahankan agama bangsa. Jangan sampai kita terlalu terbuka hingga suatu hari nanti musuh kita yang kita ajar mengalahkan kita semula dengan ilmu kita sendiri"
Aduh. Sejak bila ilmu menjadi milik kita bang? Nabi mana ni yang ajar simpan-simpan ilmu ni? Kalau tak silap saya la bang, Nabi tu sifatnya menyampaikan. Ada ke dia simpan satu ayat untuk diri dia sendiri? Kot-kot la orang Quraisy guna ilmu tu untuk menjatuhkannya kembali?
Ini ok lagi. Mungkin suasana sekarang yang meletakkan bangsa di hadapan menyebabkan dia berfikir begitu. Tapi ada lagi seorang brader yang jawab lagi otai;
"Pada pendapat saya, silat boleh di internasionalkan, tapi apa yang perlu kita jaga rahsia dan PETUA, itu kelebihan MELAYU, dalam silat ada RAHSIA, dalam SILAT sembunyi petua, dalam SILAT terkandung kehebatan DOA."
Ha sudah. Dalam silat terkandung kehebatan doa? Saya bukan nak menghina mana-mana silat, tapi teringin juga nak tanya guru mana yang ajar ni?
Kalau ada pembaca yang tahu boleh juga berkongsi, kaitan silat dengan kehebatan doa?
IV
Itu belum masuk bab-bab tahyul dan khurafat yang tersebati dalam silat melayu. Kita sebagai orang Islam dan melayu, haruslah bertanggungjawab sepenuhnya. Bersihkan kembali silat, selarikan dengan syariat.
Bukannya menggunakan agama demi menggangkat silat pusaka. Menyalut kesalahan dengan lapisan nipis kebenaran.
Saya sangat tidak setuju.
Ok, guru yang saya sebut di atas antara guru yang saya hormati. Yang meletakkan agama pada tempatnya, bangsa pada tempatnya dan silat pada tempatnya.
Sekarang ini beliau akan membuka kelas baru. Kepada yang berminat, berikut adalah detail-detailnya.
V
Tajuk entry ini adalah contoh ayat yang diberi kepada saya untuk membina ayat dengan kata 'payung'.
Sekali baca terus suka.

8 maklum balas:
aip bang, sedang menerima latihan intensif nampaknya. ha.
bagus2.
nanti ada tiga minggu panjang untuk aku tumpang belajar.
insyaAllah.
saya sediakan payung sebelum hujan, tapi selalu dicuri orang - ayat payung saya
mnarik juga apply ni kt kpi. =)
silat 'gayung' kah?
tepianmuara
keh3. inshaAllah
kucing
ini ayat aku:
Kalau aku lapar, payung la aku makan
anon : iA nanti bila dah tamat pengajiannya, keh3
Qaniah : silat apa? guru atas ni? Kalau guru atas ni tak. dia tak spesifik apa2 silat pun.
payung kuning x pa..payung emas saya x nak!!
Post a Comment