I
Selamat pagi 2012. Apa yang bakal kausaji tahun ini?
II
Selamat hari lahir walid! Ya, hari lahir ayah saya betul-betul di penghujung tahun.
Selalunya kami sekeluarga akan 'makan luar' meraikan hari lahir ahli keluarga. Tetapi walid lebih suka makan di rumah. Mungkin umi akan masak masakan istimewa hari ini.
Lalu, saya di sini hanya boleh 'merasa'.
Saya sayang walid saya sabagai seorang ayah dan seorang sahabat. Saya banyak habiskan hidup saya dengan walid. Menjala, mengagau ikan, tahan burung, berpoya-poya di sawah waktu senja. Jiwa saya memang tak kena dengan aktiviti remaja-remaja sekarang, selain ber'remaja' dengan walid.
Ada satu malam, kami pergi menahan pukat. Kemudian ada sebuah pukat yang ditinggalkan bersebelahan dengan pukat kami. Melihat pukat tersebut seperti telah lama ditinggalkan, kami mengambil keputusan untuk membelek pukat tersebut. Ada ikan yang telah lama mati, dan ada yang baru tersangkut.
Maka kami ambil ikan-ikan yang masih elok. Tiba-tiba ketika sedang mengambil ikan di pukat orang itu, kami dengar bunyi babi mendengus ke arah kami. Kami lari dan tinggalkan semuanya. Haha.
Pulang ke rumah pak jang. Aku ceritakan semuanya kepada pak jang. Rupanya, itu adalah tikus sawah yang memang berbunyi seperti babi. Haha.
Sejak hari itu, kami sudah tidak ambil ikan orang lagi. Senyum.
Aku dan walid menjadi duo yang sangat hebat kalau buat apa-apa kerja. Projek terbaru ialah memiliki sebuah banglo.
Selalu juga disalah erti sebagai abang dengan adik. Ya lah, walid masih muda, saya pula meningkat tua. Haha.
Dan yang selalu mengagumi saya ialah kisah hidupnya. Bagi saya ianya satu kebesaran Allah. Dari seorang penanam sayur yang bekerja dengan taukeh cina boleh menjadi seorang pensyarah.
Tempoh hari setelah menjadi guru, terus dihantar berkerja di sekolah tempat umi mengajar. Tidak pernah terjadi dalam sejarah perguruan, mengajar tempat yang sama dengan isteri dalam keadaan tidak ada pengalaman mengajar walau setahun.
Akhirnya, tahun 2011 ialah tahun yang sukar buat kami sekeluarga. Ujian demi ujian menimpa.
Maka sama-samalah kita melangkah dan percaya, ada bahagia di hujung nanti.
III
Sahabat ini nasihat kepadamu, simpan baik-baik
Jika kau suka seseorang, tidak semestinya dengan mesej, dan berbalas, dengan menghubungi dan berjawab, dengan meminta bantuan dan dibantu, dengan bertanya dan dijawab ini menjadi isyarat dia juga sukakan kau.
Maka jangan berlebih-lebih. Batas kawan tidak runtuh bila kau sukakan dia. Juga masih tidak runtuh jika dia juga sukakan kau.
IV
Resolusi 2012 : Saya hanya mahu istiqomah.
V
Time heals. Tapi mungkin luka saya agak dalam. Maka maaf ya? Bukan saya berniat untuk terus terluka.
VI
Soalan, mana yang lebih baik :
Merasa benar berada di pihak benar, atau merasa salah berada di pihak salah?
VII
Kepada anda yang nak pergi Sepanyol dan Itali tu. Nah, jamah dahulu gambar-gambar di blog ini.
http://fawani.blogspot.com/
VIII
Dan lagu 'Kaca Jendela Tren' nyanyian Airmas. Liriknya oleh Ainunl Muaiyanah.
https://www.facebook.com/video/video.php?v=10150225762032376

11 maklum balas:
akak bayangkan kamu jadi walid pulak bagi tutorial kat anak buat blog.
oketak, mungkin kamu main konda kondi dengan anak. di sutuh.
selamat ulang tahun walid shafiq
selalu kalau akak yang menulis sebegini rojak, akak tahu fikiran sebenarnya tak mampu menampung kekosongan atau hati tak mampu menadah kepenuhan. (ok, ini ayat belit)
selamat ya shafiq.
.
tapi memang.
bila aku baca puisi tu, ayat ni yang paling kuat 'rasa'nya.
'Mata beningmu menghantar isyarat yang hanya kita mengerti'
macam..
err, macam tu lah.
gambar kat langkawi eh?
:)
tunggu bila nak ada walid II
@akak
sedang memahami ayat belit.
hati yang penuh, akal yang kosong agaknya sesuatu yang baik.Kan?
akal selalu menipu,
pandangan hati yang hakiki?
anip
same lah. Hanya mereka yang mengerti.
Perjalan menuju dada kota yang romantis. Harapnya laki-bini lah ye. keh3
anon, :)
keri, tunggu ko kawin la der.
time doesnt heals. people get old by time.
johan, ..and forget?
Salams
You have a great walid, and have a great memory together. No III - the problem of getting a mixed signal?
senyum jua.
eh, ulangtahun walid sama dgn my husband birthday la.
eh-eh-eh lama tak jengah sini, harap empunya blog baik2 aja.
Post a Comment