December 28, 2011

Engkaukah yang mencipta pelangi pada jemari hujan?

Mencari sesuatu di laman Google hari ini. Akhirnya menemukan saya kepada sesorang yang mencuri ketenangan hari ini.

Saya lupa carian apa yang sebenarnya membawa saya bertemu penulis ini - Ainunl Muaiyanah Sulaiman.

Sebelum bertemu beliau, saya berkenalan dahulu dengan tulisannya - Nyanyian Hujan.

Tulisan inilah yang mengikat hati saya saat membaca bait pertama puisi itu.

"Engkaulah yang mencipta pelangi pada jemari hujan?"

Bait ini sahaja sudah mampu menyentuh rasa indah dalam hati saya. Teruslah saya memesrai setiap bait berikutnya.

Nyanyian Hujan

Engkaukah yang mencipta pelangi pada jemari hujan?
Melayahkan warna-warna di jemarinya
yang berderai sayu
Meneriakkan cinta pada langit kelabu

Engkaukah yang menari bersama nyanyian hujan?
Bersenandung lagu-lagu cinta di dalam diam
Mencuri hati si lara di jendela

Engkaukah itu selama ini?
Muncullah hadirkan dirimu
Di awan, di langit bahkan di balik jendela
Lahirkan pertemuan meski hanya dalam mimpi
Bertemulah sayang meski hanya dalam mimpi

Engkaukah yang mengabur pulang?
Selepas memercikkan pelangi indah
Di dalam hati yang telah lama diguris ilalang

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Hati terasa sakit sendiri membaca bait terakhir. "...hati yang telah lama diguris ilalang".

Jatuh hati.

Carian tidak berhenti disitu. Google membawa saya bertemu pula dengan sebuah band - Airmas.

Yang menyanyikan puisi ini dengan indah. (Oh ya, masih diputar sedari pagi hingga sekarang)



Band ini juga melagukan puisi-puisi dari penulis lain dengan menarik.

Kemudiannya, seharian dihabiskan mencari tulisan-tulisan beliau yang lain. Suka semuanya.

Ini pula balasan beliau kepada seseorang yang bertanya tentang sastera.

"Syahidah : ini pendapat aku, yang paling penting dalam dunia seni dan sastera adalah kecintaan. Sama ada kau menjadi penulis atau sekadar pembaca, kedua-duanya sama penting. Penulis juga memerlukan pembaca untuk membaca karyanya. Pembaca memerlukan penulis untuk membaca karya yang ditulisnya. Kecintaan dan sokongan sangat penting. Kadang-kala mereka yang menyokong ini aku rasakan lebih tulen semangatnya daripada penulis sendiri. :) Pembaca akan menyokong tanpa ada apa-apa kepentingan, tetapi penulis? Ehem :)"

Kagum. Sebagai orang yang sedang membaca tulisannya. Rasa dihargai.

***

Tiba-tiba emel Yahoo saya berbunyi, menandakan ada mesej baru. Saya buka,

"Mengapa dicari tuan kepada Nyanyian Hujan? :) Dari mana anda dapat tahu Nyanyian Hujan ini?" -Ainunl Muaiyanah

Bibir saya tersenyum lebar dan enggan belajar untuk berhenti. Tidak sangka berbalas. Tetapi sekarang, adakah perlu saya jawab, "Google" ?

Hari yang indah.

Engkaukah yang mencipta pelangi pada jemari hujan?

22 maklum balas:

Cidak said...

mengapa aku keracunan,sedangkan kau tidak.

oke, 4 hari sudah !

Jamilah Mohd Norddin said...

Ainul Muaiyanah..

Beliau seorang penulis yang sedang meningkat nama. Merupakan salah seorang mantan minggu penulis remaja anjuran DBP.
(sekadar tambahan maklumat)

$afuan $abri said...

pergh! mantap. puitis orangnya kau nih

-hazen said...

@cidak

perut orang lain2

-hazen said...

@jamilah

oh ye?
patutlah, mantan MPR

-hazen said...

@safuan

haha. takdelah puitis sangat.

saraa said...

fuh.
sedap!

kenal Ainunl Muaiyanah ni,
baru tadi,melalui google :p

-hazen said...

@saraa

keh2.

Anonymous said...

bolehkah sesiapa beritahu cara yg tepat utk menyebut nama penulis tersebut.

Ainunl Muaiyanah. sounds so hard.

kehkehkeh.

Anonymous said...

hazen bagai sudah gila bayang.

- kapucino dan roti bakar

-hazen said...

boleh panggil beliau Yana.

-hazen said...

er bukan gila bayang. cuma tenggelam dalam lautan kata.

ainunl.muaiyanah said...

Pertamanya: Saya tidak tahu mahu merangkaikan kalimat yang bagaimana apabila membaca entri ini selain ucapan terima kasih (sambil rasa terharu) kerana Shafiq menyenangi tulisan saya yang penuh melankolik itu dan menyukai puisi tersebut.

Jamilah: Ya, kita berbeza setahun dari suddut tahun kelahiran MPR kan? Tapi penulis yang meningkat nama? Aduhai masih jauh lagi :)

Anon: Nama saya terilham dari hukum tajwid alif lam qamariah. Cara tepat menyebutnya, kalau ingin memanggil Ainun sahaja, gugurkan sebutan L, tetapi kalau ingin menggandingkan dengan Muaiyanah, harus digugurkan N semasa menyebutnya menjadi Ainul Muaiyanah. Tetapi panggil sahaja saya Yana, seperti yang disarankan Sahfiq

Diharapkan Shafiq akan sentiasa menyenangi tulisan saya yang seterusnya :)

Sekali lagi. Terima kasih :)

-hazen said...

ainunl

bila jatuh hati pada satu puisi, tentu anda pun tahu apa rasanya. Menjadikan puisi itu sebagai kekasih hati tidak pernah ia mengecewakan diri.

maka terima kasih kerana menyusun kata dengan indah. Tentunya sama-sama perlu berterima kasih kepada Allah yang mengilhamkan dan yang menemukannya kepada pembaca.

oh terima kasih datang ke blog ini. siap membalas komen lagi.

datang lagi bila-bila :D

Tetamu Istimewa said...

Salam ziarah kepada saudara Shafiq. Sebuah entri yang menarik. Adakah saudara juga peminat puisi? Harap-harap begitulah siapa lagi yang nak mencintai warisan kita kalau bukan bangsanya sendiri. Teruskan!

Sudilah jengah ke blog saya untuk bertukar-tukar pendapat.

Najahi said...

Saya suka baca puisi, copy and paste puisi - puisi itu, tapi sehingga kini saya tidak pandai menulis puisi.

Pernah saya mencuba - cuba tapi tenang membaca puisi dan tenang menulis itu beda. Tersangat beda.

Semacam ada keramahan dalam membaca puisi - puisi mereka berbanding menulis puisi sendiri.

Dan paling saya suka adalah rangkap akhir sebuah puisi.

Penulis puisi, teruskan. Kami membaca puisi kalian. Semangat!

-hazen said...

tetamu senja

sama-samalah kita memelihara bahasa. siapa lagi kalau bukan anak melayu sendiri

-hazen said...

Najahi

terima kasih atas sokongannya. bersemangat!

saya juga sebenarnya lebih suka membaca tulisan orang dari menulis sendiri.

saya meyakini, membaca itu satu terapi.

~PENCHENTA~ said...

PEH. PEH. PEH.

Lain macam betul bunyi post kali ni. Ehem. :P

Ehem. Ehem.

Btw, memang cun susunan setiap kata. Membuahkan kata sangat bermakna. ;)

-hazen said...

tak ada sebarang ehem2 ye dalam entry ini.

mencintai puisi adalah satu hal yang lain.

~PENCHENTA~ said...

Ehem.
Ehem.
.
.
.
.
.
.

Serius, Ehem.

-hazen said...

pfft