Berlaku gerhana bulan. Sebagai seorang yang tak sempat solat sunat gerhana, sepatutnya tidak layak untuk saya berbicara lebih. Saya tertidur sehari suntuk. Kepenatan.
Gerhana matahari atau bulan secara saintifiknya terjadi apabila, tiga bersaudara, bulan, matahari dan bumi berada dalam posisi linier. Sebaris. Seingat saya, sudah dua kali berlaku gerhana bulan sepanjang saya berada di jordan ni. Gerhana matahari pula kali terakhir saya lihat ketika di bangku sekolah rendah.
Bila berlaku gerhana mesti ramai yang akan teruja. Yalah, fenomena yang jarang-jarang berlaku.
Dua
Semalam, ada disentuh dalam khutbah tentang gerhana. Sebenarnya saya tak faham pun khutbah dalam bahasa arab ni. Harapkan pahala mendengar je. Tetapi selepas solat jumaat, isu gerhana dibincangkan dalam PINTAR (baca : usrah). Masa tu baru saya tahu semasa khutbah tadi ada disentuh soal gerhana.
Nampak tak betapa pentingnya usrah? Cewah.
Ditanya, apa sebenarnya kita patut rasa bila terjadi gerhana?
Dijawab, rasa takut.
Menyentuh kotak fikir saya. Oh, selama ini rasa takjub yang menguasai. Rupanya saya salah ye?
"Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabat. "Apa yang sedang kalian perbincangkan? Para sahabat menjawab : Kami sedang membicarakan tentang hari kiamat. Kemudian Nabi bersabda : Kiamat tidak akan terjadi sebelum kelihatan 10 macam tanda :
1. Ad-Dukhon, asap atau kabut
2. Dajjal
3. Dabbaah
4. Matahari terbit dari barat
5. Turunnya Isa al masih
6. Ya'juj Ma'juj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di wilayah arab
10. Api menyala di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar."
(Hadis Riwayat Muslim)
Gerhana di timur? Malaysia? Gerhana di wilayah arab? Jordan?
Tiga
Namun ada satu gerhana yang memang betul-betul saya takuti. Gerhana masa silam.
Selalu saya menasihati diri sendiri, "Mengapa perlu dirindu kehidupan yang tidak Islami?"
Pecayalah, janji-janji Allah itu benar. Menanti kita untuk mendakapnya.
Senyum.
Oh siapakah
yang datang bersama malam
dan menghilangkan wajah siang hariku
Oh engkaukah
aku tak ingin menjemputmu
biarlah kau hanya berdiri di depan pintu
kau hancurkan hatiku
kau musnahkan harapanku
pulanglah ke tempat asalmu, tempat asalmu!
Oh bilakah
gerhana kan pergi dari sisiku
pergilah engkau dengan janji-janji-janji palsumu
Inginku berlari jauh
tapi kau masih mencari
pulanglah ke tempat asalmu, tempat asalmu!
Gerhana, oh..
Gerhana, oh..
Gerhana, dalam jiwaku.
Empat
Merujuk entry Tepianmuara. Baca
Na saya bukan gerhana ye.
Na saya, er...Espana?
12 maklum balas:
Waaaaaaaaah, masyaAllah, subhAllah!
Cantiknya gambar-gambar anda. Pasti kamera mahal ni weh.
:)
dan gerhana masa silam akan berulang. sentiasa.
kadang yang memeritkan apabila sudah terlalu lama ditinggalkan, kemudian kembali menyapa pada saat jiwa merundum (baca: futur), di situ kita akan melihat siapa sebenarnya yang benar - benar meninggalkan gerhana masa silam kerana Allah.
@Nur
terima kasih. akan rasa berbaloi beli bila gambar buat orang ingat Allah.
terima kasih.
@Najahi
betul. masa silam selalu mengejar.
Disini lah titik sedar samada kita bermujahadah atau tidak.
sewaktu merenung bulan,
akak jadi segan shafiq.
(dan gerun)
macam main mata pulak rasanya.
sama bulan)
bahaya!
kemudian akak tundukkan pandangan
sekian.
bulan pun selalu segan penduduk bumi memandangnya.
mana tahu dia seorang gadis. masih suci tak tersentuh.
sekian.
salah.
Neil Amstrong dah sampai.
err, kalau bukan dia pun, orang-orang selepasnya. hah
=)
tak kisahlah Na mana-mana pun, asalkan tak sama.
na haniff dari tanjong karang,
na shafiq dari espana.
ek?
(oh, shafiq, ada satu akak lukis bulan dulu, akak tulis: andai bulan punya jantina, aku pasti dia perempuan...blablabla. haha)
okesekian.
keh3
:)
:)
Post a Comment