| Er |
| Wadi Rum |
| Laut mati |
| Tempat faveret : tingkap rumah |
| Cuking. Rindu. |
| Cenin pun dah jarang balik. Mentang-mentang dah jumpa bini. |
| Teksi dekat sini kebanyakannya Lancer. |
i. Currently living with Ulya. Amboi baru duduk sehari-dua dah speaking.
Roomate (Abu Bakar) entah ke mana. kehkehkeh. Tak suka duduk sorang-sorang, simply because, bila duduk berseorangan bisikan-bisikan syaitan 'lebih hangat dari biasa'. Ini nasihat dari seorang senior. "Jangan tinggal sorang-sorang, maksiat akan datang."
ii. Teringat arwah tok Bedah dengan banyaknya. Kerap pulak teringat saat arwah masih ada kebelakangan ini.
Ada dua benda 'kelakar', yang selalu menjadi 'point besar' arwah bila nak cerita fasal aku dekat orang lain.
Cerita pertama : Satu hari ketika aku masih kecil dan inosen, seperti hari biasa mak-ayah aku pergi kerja. Malangnya hari itu mak ayah aku terpaksa balik lewat. Hari sudah petang, maka aku pun lapar.
Aku menggeledah dapur namun makanan semuanya sudah habis. Peti sejuk pun kosong. Aku pula memang jenis tak suka menyusahkan orang, termasuk hal makan-makan ni. So aku decide untuk masak sendiri.
Yang terbayang saat itu ialah nasi goreng.
Maka nak di jadikan cerita, aku ambil secawan-dua beras, campurkannya dengan secawan minyak dan goreng!
Cerita dipendekkan, hal itu kantoi dengan tok aku. Dan menjadi bahan ketawa adik-beradik, sepupu-sepapat dan ramai lagi.
Nasi goreng pertama aku. Goreng beras. haha. Nice.
Cerita kedua : Aku tinggal di dalam sekolah ( rumah kediaman guru) disebabkan mak aku warden di sana. Pada ketika itu, aku tengah 'into' dengan dunia sains. Maklumlah, masa tu cita-cita aku ialah menjadi seorang saintis. Buku 'how things work' menjadi buku kegemaran. Haha.
Nak dijadikan cerita, aku ada satu projek, 'menghasilkan gerudi'. Bahan utama yang diperlukan - besi berani/magnet.
Teringat di dalam almari mak aku ada sebuah radio besar. Dan berdasarkan pengalaman, aku tahu di dalam radio pasti ada magnet.
Aku ambil radio itu dan pecahkan di belakang rumah. Kantoi dengan tok aku sekali lagi.
Rupanya, radio itu hak seorang pelajar. Mak aku rampas semasa 'spotcheck'. Barang yang sepatutnya dipulangkan pada akhir tahun menjadi mangsa sebuah 'projek' anak warden.
Kesian mak aku.
Senyum.
Kenangan. Bila diingat-ingat, kadang membawa ketawa, kadang sedih menjelma.
iii. Masa, menyembuhkan.
iv. Lalu dia berkata, "Alangkah indah menjadi mawar, sering dipuja menjadi bait puisi cinta.."
Tertanya, adakah setiap yang indah itu dipuja?
Adakah segala yang dipuja itu pula indah?
v. Batch aku Wan Nabilah akan berkahwin bulan satu ni
vi. Ustaz Syuk pun dah umumkan majlis kahwin beliau bulan satu ni. Ustaz Syukri Ali ialah guru aku, mengajar tafsir Jalalain.
Berpimpin ke Surga
Apabila sudah memilih arah
berdoalah segala kebaikan menjemput
tenangkan gelora di dada,
lepaskan nafas meresah
kerna nikah itu ibadah
luas terbuka pintu rahmah.
Insan bisa bersama kerana harta,
atau kerana peri gemilang wajahnya
juga kerana tinggi susur walinya
atau kerana agama yang dipakainya
bernikahlah kerana pakaian itu,
maka bahagialah.
Itu benar jika keluarga terbina kerna cinta
tetapi tidak menjadi landasannya
yang memacu kebahagiaan terindah
adalah pahit-getir mengejar redha Allah.
Itu jelas hidup bercinta manis bergula
tetapi bukan tujuannya
yang membawa sakinah, mawaddah, rahmah
adalah rindu-dendam surga Allah
SADIS
Irbid, Jordan
Barakallah...
4 maklum balas:
Nasi gorent satu!
hehe untuk beras goreng minyak :D
pasal radio tu miera ingat,jumpa bangkainya kat dalam stor,ekeke :D
uncle : haha. perli baik punya.
yan : dalam proses belajar :)
mira : keh3. tak sempt habuskan bahan bukti.
Post a Comment